Pages

Thursday, April 29, 2010

kau dihatiku..

semalam..
ku kenal erti persahabatan..
ku yakin ia selamanya..
ku yakin ia bukan pura-pura..

tiada matlamat lain selain untuk persahabatan..
bukan sebab hendak mendapat gelaran...
bukan sebab mengambil kesempatan..
ku percaya kegembiraan ini kekal dalam ingatan...

wahai sahabatku...
jika kalian ikhlas padaku..
ku akan kekal disisimu...
percaya hati selamanya menyanyangimu...

Friday, April 16, 2010

sentuh...

salam...
harini...ku tulis semula...ku sentuh kembali...ku coretkan isi....
seakan jiwaku hilang melayang terbang...disaat tiada sentuhan lagi atau kelibat bayang..
disaat ku mengenang...kurasa seketika seakan sifar didada...namun bila ku fahami ia ditutupi minda..

aku bukan manusia yang pandai memperaga..melempar kata..melayan mesra..
aku diluar sukar dilihat dan juga di rasa...seperti kayu yang menunggu di bakar...
biar kataku..ku bukan ingin dipuja,dipuji,dibangga,ku ingin hanya tunggal...
kita seperti dahulu..tidak mengenal luar tiada senyuman di sangkal...

mengapa setelah berjumpa perlu meninggalkannya...
ku faham semula kenapa dicipta perkataan seindah kenangan,
ku mulai sedar apa itu maksud memori yang ditinggalkan..
tapi semua hanya buatan yang kian jauh dari haruman...

sayang jangan kau tafsir perkataan..
begitu dalam penuh coretan..
sedangkan kucuit kau tidak perasan..
inikan pula perasaan didalam...

aku bersyukur kepada Tuhan..
kumulai melihat kini ku mampu memandang..
kenangan dulu ku jadikan cebisan...
cebisan kesan yang perlu ku ingatkan...

dariku kecil pelbagai ujian..
sakit pelbagai sebagai bekalan..
kini ku sedar separuh jalan..
penamat dihadapan harus ku teruskan..

kini tangisan yang mampu ku lakukan..
yang berlalu ku tidak mampu padamkan...
ku percaya hikmah segala kejadian..
ku kuatkan jasad dan jiwa untuk kehadapan..

aku mohon salam kemaafan..
dimana silap yang pernah ku cetuskan...
ku manusia kadang hilang kawalan..
jutaan kasih ku selitkan padamu wahai kawan..

jika ku tidak bersama lagi wahai kawan...
ambil kenagan juga tulisan...
ingat kembali ku pernah bersama di perjalanan...
aku rindu semua.......rindu kenangan..

sekarang..
kulepasi apa yang di gengaman...

Thursday, April 1, 2010

sesaat...

selama ini segala pahit dan manis menjadi makanan...
gelak dan tangisan ubati tekanan..
sudah berlepas sukar ditahan..
hilang di dunia dalam sesaat wahai kawan...
hilang dimata terbuku dihati..
umpama permata selalu menyinari..
kehilangan membuat diriku sepi...
ucapanmu kekal membasahi ingatan ku ini..